|
Untitled Document Orang kata, yang dah lepas tak elok diungkit, takut nanti ada yang terasa hati. Tapi kadang-kadang, apa yang diungkit itulah membuatkan kita semakin dewasa dan matang. Apa yang dah berlaku juga harus dijadikan pengajaran kerana orang yang melupakan sejarah seringkali mengulangi kesilapan mereka yang lalu. Bagi kita selaku warga Zerodeuxsix, hal ini tak sepatutnya diabaikan. Dari Tingkatan 1 2002 hinggalah Tingkatan 5 2006, dah banyak suka duka yang kita semua lalui. Maka tak salah kalau kita singkap kembali apa yang dah menjadi kenangan. Jadi apa kata kita renung sejenak, dan bawa diri kita ke zaman yang lepas ketika masih di kerusi kelas dan dewan makan sekolah dahulu. Tak lama, sekitar 5-6 tahun yang lepas saja. Mari ikuti kisah hasil nukilan sahabat kita ini. Sila klik readmore untuk membaca (login dahulu). =)
2002 12 Januari 2002, hari Sabtu, lebih kurang 147 orang pelajar lelaki daripada seluruh negara telah dipilih untuk memasuki SDAR. Perjalanan yang melalui ‘estate’ getah serta kubur Hindu benar-benar mendebarkan kami tentang keadaan SDAR yang sebenar . Batch kami amat bernasib baik kerana SDAR telah berpindah ke tapak baru, iaitu Sg. Gadut dan kami telah digelar “The New Generations of SDAR”. Senyuman mesra terukir di bibir abang-abang prefek yang menyambut kedatangan kami. Selepas waktu Asar, “Form One! Pegi Basketball court!!”. jeritan ketua pengawas yang menandakan orientasi telah bermula. Ramai Form 5 yang pada paginya seperti ‘BADAR’ telah bertukar menjadi seperti ‘Incredible Hulk!’. Perjalanan orientasi selama seminggu itu amat ‘indah’ dengan jerit pekik serta sedikit carutan daripada From 5 yang amat memedihkan telinga. Bagi yang lemah, jalan keluar sebagai penyelesaian dan bagi yang cekal serta tabah , ini merupakan satu permulaan. Orientasi kami ditutup dengan begitu ‘sempoi’ sekali. Tiada nyanyian lagu batch, tiada nama batch dan tiada ikrar. Maka, dengan rasminya kami bergelar SDARians yang ‘tulen’. Sesi belajar lagu cheer pula bermula, maka lahirlah nickname-nickname yang agak pelik seperti toyol, harry potter, mat telur, taibe, dan sebagainya. Semangat batch kami pada ketika ini masih tidak begitu kuat kerana semangat kelas yang melampau. Siapa boleh lupa kejadian bermain ‘tumbuk tangan berlapik’ di kelas 1UO?? Di mana segelintir daripada batch kami telah didenda oleh Mad Tampin (993) dengan menulis surat rasmi kepadanya. Sedar atau tidak, batch kami merupakan batch World Cup. Televisyen di kelas menjadi penghubung kepada kami serta pelajar SDAR yang lain untuk menonton perlawanan sukan tersebut. Prep malam kami agak hambar dan tidak teratur kerana diadakan di dewan makan bersama Form 2. Suasana seperti ‘fun fair’ menandakan ‘perbincangan’ telah dimulakan. ‘Senaman aerobic’ ketika ‘inspection’ iaitu ketuk ketampi menjadi rutin mingguan kami. Ketuk ketampi di ‘tennis court’ merupakan pengalaman yang tidak akan kami lupakan. Memori manis tercipta apabila kami telah terlibat dalam perjalanan kemerdekaan dari Melaka ke Putrjaya yang telah mencatatkan rekod Malaysia. Ragbi Interclass pula telah diadakan pada hujung tahun di mana kami telah digabungkan dengan pelajar Form 2. Kelas Ungku Omar, UO telah menjadi johan. 5 orang daripada kami telah dipilih untuk mewakili pasukan ragbi 14 tahun. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’, itulah yang dapat menggambarkan nasib kami apabila bekalan air di SDAR telah terputus selama seminggu. Bangun seawal 4.30 pagi dan berjalan ke blok akademik dan blok pentadbiran untuk mandi menambahkan lagi perasaan ‘homesick’ dalam kalangan kami. Tahun 2002 diakhiri dengan jamuan blok yang menunjukkan berakhirnya riwayat batch kami sebagai form 1 yang tidak bernama. 0206… 2003 Tahun baru bagi kami untuk mengenali dunia SDAR yang sebenar, dan tahun ke-2 bagi sejarah penubuhan Sg. Gadut. Setiap ahli batch kami seolah- olah bernama ‘Kuli bin Batak’. Basuh toilet, ambil air, beli makon (makanan), hantar dobi, beli ano merupakan tugas utama kami di blok di bawah arahan Form 5. Sedikit kesilapan pada siangnya, ‘sentuhan’ dan ‘belaian’ akan menunggu pada waktu malam oleh Form 5. Semangat ke’kelas’an masih kuat antara kami, paling menyerlah apabila berlangsungnya ragbi ‘interclass’. Pada kali ini tiada lagi penggabungan antara Form 1 dan Form 2. Sekali lagi kelas UO menjadi johan kerana dibarisi oleh para pemain yang agak besar dan pantas, Malah Nurhelmi & Afiq Farhan tidak dibenarkan bermain kerana tidak setaraf dengan bakatnya! Kelas UO juga sekali lagi menjadi johan dalam pertandingan bola baling ‘interclass’. Kem Motivasi di Sungkai, Perak sedikit sebanyak membantu mengeratkan lagi hubungan antara ahli batch kami. Awan mendung turut datang apabila 4 orang daripada batch kami telah ‘kantoi’ ano (hisap rokok) dan menerima sebatan sebagai hukuman. Tahun ini memberi peluang kepada kami untuk menjelajah seluruh bangunan SDAR bersama-sama dengan Form 5. Panjat tangki dan pecah masuk bilik AHU merupakan sebahagian daripadanya. Hubungan batch kami dengan Form 5, Form 4, dan Form 3 agak baik tetapi kurang erat dengan Form 1 atas sebab-sebab tertentu. Akademik batch kami pada tahun ini agak meningkat kerana banyak pembaharuan yang telah dijalankan seperti prep di bawah blok asrama dan beberapa peraturan telah diperketatkan. Perjalanan kemerdekaan turut diadakan, tetapi tidaklah semeriah seperti tahun sebelumnya. Tahun 2003 juga sedikit sebanyak telah membantu ahli-ahli batch kami membentuk dan mencari perwatakan masing- masing. Selamat tinggal 2003!!. Jumpa di 2004. 2004 Tahun yang agak penting bagi batch kami kerana akan menduduki PMR. Tekanan lebih meningkat apabila kami dicabar untuk menyaingi batch sebelum ini yang telah mendapat nombor 1 Malaysia. Pengetua juga telah bertukar daripada En. Rauhi kepada Tn. Hj. Azam. Belajar berkumpulan dan kelas tambahan sedikit sebanyak membantu batch kami dalam mencapai misi sekolah. Halangan utama bermula apabila Euro 2004 bermula. Pencapaian dalam bidang kokurikulum pula agak memuaskan. Pasukan bola sepak bawah 15 meraih tempat kedua peringkat negeri, manakala ragbi mendapat tempat ketiga kebangsaan dan kedua negeri. ‘Handball’ pula menjadi johan peringkat daerah dan ketiga negeri. Hubungan kami dengan Form 5 pula amat mengecewakan. Hubungan yang begitu erat pada tahun sebelumnya mula berubah apabila 2004 menjelma. ‘Kebaculan’ Form 5 untuk menyuruh Form 2 membuat rutin harian menyebabkan perasaan hormat kami kepada mereka semakin kurang. Sifat manja Form 2 pada ketika ini yang melampau juga menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan untuk menggantikan tempat mereka. Tamat sahaja PMR, kami tidak dibenarkan balik kerana terlalu dekat dengan cuti akhir tahun. Bola interclass turut diadakan di mana 3 Burhanuddin Helmi, BH telah mendominasi perlawanan. Hidup kami begitu bebas pada ketika ini. Tambahan pula di bulan Ramadhan, bangun pagi lambat, merayau-rayau pada waktu malam dan dan ‘escape assembly’ merupakan antara tindakan negatif yang telah kami lakukan. Jamuan Batch buat pertama kalinya di bawah organisasi kami sendiri turut dilakukan. Memori pahit terpaksa kami telan apabila 2 orang daripada batch kami telah tersilap langkah dan terpaksa disingkirkan daripada sistem persekolahan SBP. Kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada kami dalam menghabiskan masa di SDAR lebih kurang 2 tahun lagi. Keputusan PMR diumumkan, Alhamdulillah, batch kami masih lagi dapat mengekalkan SDAR di tempat pertama Malaysia walaupun peratusnya berlaku sedikit penurunan . Secara tidak langsung, batch kami telah berjaya menewaskan pesaing terdekat iaitu TKC . Bye – bye 2004, Welcome 2005 !! 2005 Honeymoon Year!! Inilah gambaran pada kami ketika memasuki SDAR. Sedikit perubahan berlaku di asrama apabila setiap dorm ‘dipecahkan’ mengikut rumah sukan masing-masing. Tahun ini juga merupakan ‘Zaman Gelap’ bagi batch kami apabila digelar “Batch paling teruk?” oleh Tn. Haji Azam di perhimpunan pagi. Peristiwa di A18 telah meninggalkan kesan mendalam apabila 4 orang daripada kami terpaksa disingkirkan kerana kesalahan disiplin. Tidak cukup dengan itu, seorang lagi terpaksa dipindahkan ke sekolah lain kerana banyak kesalahan disiplin yang terkumpul, lalu menjumlahkan kesemuanya 7 orang. Jumlah itu cukup besar bagi kami, tetapi kami terpaksa terima dengan seadanya. Kehadiran pelajar Form 4 baru sedikit sebanyak menghiburkan hati batch kami. Seramai 6 orang telah dipilih, tetapi hanya 4 orang yang mampu bertahan. Bagi kokurikulum pula, batch kami hanya mampu menjadi johan ‘bowl’ dalam pertandingan SBP’10. Akademik pada kali ini juga tidaklah di tahap yang membanggakan kerana kami hanya mampu berada di tangga ke-4 bagi peperiksaan Selaras SBP. Tidak banyak aktiviti yang kami jalankan pada tahun ini selain daripada Hari Silaturrahim di mana kami telah diamanahkan untuk mengelola pertandingan ‘explorace’ yang cukup meriah. 7 orang daripada ahli batch kami pula telah dipilih untuk mewakili negeri dalam pertandingan ragbi Kebangsaan di Serawak. Pasukan EAK dan CYA kami berjaya menempatkan diri di peringkat kebangsaan pada tahun ini. Ini sedikit sebanyak membantu menaikkan semula nama baik batch kami. Sekali lagi memori pahit menjelma apabila 5 orang prefek batch kami telah digantung sebagai prefek selama tiga bulan, gara-gara memanjat tangki dan menghisap seisha!! Tirai 2005 ditutup dengan jamuan akhir tahun batch yang agak ‘grand’ dan meriah. Cabaran dan halangan kami semakin besar di 2006 nanti. Bye- Bye 2005!! 2006 Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pejam celik, pejam celik, kami dah Form 5. Satu penungguan yang cukup lama untuk sampai ke tahap ini. Gelaran ‘balak agung’ dan ‘The King’ cukup sinonim dengan kami. Setiap ahli batch kami mula menunjukkan kematangan masing-masing. Semangat untuk berubah daripada berlakunya peristiwa hitam 2005 semakin membara. Apa yang lebih penting bagi kami sekarang adalah SPM. SDAR memang banyak berubah jika dibandingkan dengan tahun 2002 dan 2003. Senioriti semakin berkurangan, tetapi junioriti pula meningkat. Minggu Orientasi kami tidak dilepaskan begitu sahaja untuk ‘melepas geram’. Perubahan JAKSA menggantikan MPP turut diadakan. Tahun 2006 juga telah melahirkan ramai usahawan-usahawan ‘bawah tanah’ yang ingin mencari duit poket lebih. Hubungan sesama ahli batch juga cukup erat dengan adanya kem jatidiri atau ‘Kem Basikal’ bagi kami apabila lebih kurang 20 buah basikal rosak teruk ‘dihentam’ oleh segelintir ahli batch kami. Malah, kedatangan polis ke kem atas alasan menganggu ketenteraman awam yang berpunca daripada sebahagian batch kami merupakan memori yang tidak dapat dilupakan. Form 4? Haha.. mereka hanya ‘pulut’ yang boleh kami ‘makan’ pada bila-bila masa. Tahun 2006 membuktikan bahawa batch kami bukanlah senang untuk ‘dipijak’ sepertimana yang telah dirancang oleh mereka pada tahun sebelumnya. Siaran Langsung Final World Cup antara Itali dengan Perancis juga telah dibenarkan oleh pihak sekolah untuk ditonton di dewan besar beramai-ramai. Akibatnya, sebahagian besar daripada batch kami tidak ke perhimpunan pada keesokan paginya. Sumbangan yang begitu besar juga telah ditunjukkan dalam bidang kokurikulum. Bagi ragbi, kami telah menjadi JOHAN bagi Piala Naqiuddin dan Peringkat Negeri, tetapi tewas pada KGV di peringkat Premier Zon Selatan kerana sedikit kesilapan strategi & 5 orang daripadanya telah dipilih untuk mewakili negeri. Seorang daripada pemanah batch kami pula telah meloloskan diri ke peringkat SUKMA. Kriket SBP mendapat tempat ke-3, PPM Bola Keranjang meloloskan diri ke peringkat kebangsaan selepas menunggu selama 2 tahun. Tradisi melawan ragbi dengan King College, Thailand diteruskan selepas beberapa tahun dihentikan. Malang terus menimpa apabila 7 orang lagi daripada batch kami terpaksa disingkirkan kerana menongkah arus, dan ini menjumlahkan kesemuanya menjadi 16 orang!! Budaya menyambut ‘birthday’ dengan ‘alatan tambahan’ turut kami jalankan. Walaupun sakit, tetapi menimbulkan seribu penghargaan sebagai sahabat. Hari Terbuka Asrama dan Hari Guru yang cukup meriah dibawah organisasi yang mantap oleh batch kami, benar- benar menjadi pengalaman yang manis buat kami. Kami semakin ke penghujung di bumi SDAR. Selepas ini, tiada lagi baju batik berwarna biru, cadar putih dan orientasi selama seminggu. Walaupun tiada nama batch, kami masih berdiri tegak di atas nama SDARians. Kepada guru-guru dan seluruh warga SDAR, terima kasih di atas segala tunjuk ajar selama 5 tahun kami di sini. Kepada batch-batch lain, khususnya Form 1 06’10. Teruskan perjuangan untuk mengubah SDAR ke arah yang lebih baik. Once A Sdarians , Always A Sdarians . www.zerodeuxsix.com –unknown 026- Sebuah Kisah Klasik (Untuk Masa Depan) Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali Kita berbincang, tentang memori di masa itu Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku Kita terharu, seakan tiada bertemu lagi Bersenang-senanglah kerna hari ini akan kita rindukan Di hari nanti, sebuah kisah klasik untuk masa depan Bersenang-senanglah, kerna waktu ini akan kita banggakan Dihari tua, Oooo.. Sampai jumpa kawanku, semoga kita selalu Menjadi sebuah kisah klasik juntuk masa depan Sampai jumpa kawanku, semoga kita selalu Menjadi sebuah kisah klasik juntuk masa depan Mungkin diriku, masih ingin bersama kalian Mungkin jiwaku, masih mahu sanjungan kalian
|